WANITA PKR KEDAH

Sunday, July 19, 2009

KEADILAN UNTUK SEMUA....

Saya pernah dipukul dan diaibkan. Dibiarkan terbujur kaku kesejukan di dalam pusat tahanan Bukit Aman. Tiada rawatan segera, hanya menanti takdir Tuhan, tidak pasti selamat ataupun tidak. Sudah pasti ramai yang tidak menyangka, malah saya sendiri sukar membayangkan, ada di antara pimpinan intitusi keselamatan dan keadilan negara ini, yang diharapkan melindungi rakyat, mampu bertindak melampaui batas. Lebih dari 10 tahun telah berlalu, rakyat Malaysia mahukan yang lebih baik untuk semua. Akan tetapi penguasa semakin lalai dari amanah yang diberikan.

Belum lagi negara kita pulih dari kesedihan dan kemarahan kerana dikejutkan dengan kematian sdr Teoh Beng Hock. Sudah ada mereka yang sanggup merendahkan akal budi serta harga diri dengan terjun menjerumus ke dalam jurang yang paling dalam; jurang kebencian dan perkauman. Kerana ingin mengampu, ada di antara media kongkongan umno-bn sedang mula mencatur serta menuai bibit-bibit perkauman sempit, demi melepaskan beban tanggungjawab beberapa institusi seperti SPRM, Kehakiman dan Polis.

Terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi Kehakiman, Polis serta SPRM adalah akibat perbuatan sendiri. Rakyat tidak sesekali boleh diperbodohkan. Mereka menuntut penjelasan berhubung skandal pita video V.K Lingam, skandal PKFZ, skandal pembelian Eurocopter komisen kapal selam beratus juta dan tuduhan pembabitan pegawai atasan polis dengan kumpulan kongsi gelap.

Berhadapan dengan kemarahan serta ketidakyakinan rakyat terhadap sistem yang mereput, maka tidak menghairankan lah propaganda murahan dianyam oleh sang picisan, walaupun ianya ternyata gila. Hasrat dan keinginan rakyat diketepikan, yang penting penguasa tidak dituding bersalah dan terpaksa memikul beban. Para pengampu tidak pernah peduli sekiranya apa yang ditulis dan disiarkan meloyakan. Makanya kegilaan dan meloyakan, bukanlah sesuatu yang asing melainkan ianya senantiasa bertaut demi mengolah persetujuan mereka yang diperintah.

Kegilaan dan alasan meloyakan seperti ini mengingatkan saya kepada bait-bait kisah yang terkandung di dalam Illiad dendangan penyair buta Homer. Apabila ditanya kepada Agamemnon, mengapa bertindak merampas kekasih Achilles. Sang penguasa menjawab, bukan salahnya sendiri melainkan ianya kerana mahkluk Erinys merasuki dengan ate(keinginan), lalu menyebabkan dia merampas kekasih kesatria Greek tersebut. Agamemnon, takut dan gusar amarah Achilles serta tentera Greek sekaliannya, sanggup menyajikan alasan seperti itu, biarlah ianya meloyakan dan tidak masuk akal. Persamaan di antara Agamemnon, penguasa rakus Greek dan para pengampu yang wujud sekarang amatlah jelas sungguhpun hidup di zaman berbeza.

Namun saya yakin Rakyat Malaysia sedar isu pokoknya ialah Keadilan. Samada ianya membabitkan mendiang Teoh, Kugan dan Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, apa yang dituntut ialah Keadilan. Kezaliman tidak pernah mengenali warna kulit, asal ras dan kepercayaan. Mereka yang menzalimi dan dizalimi, bukannya hak eksklusif mana-mana kaum dan agama. Merenung pesan Al- Quran jelas sekali gesaan agar ditegakkan Keadilan dan menentang kezaliman.

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegakkan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebudayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Perubahan.

ANWAR IBRAHIM

Saturday, July 18, 2009

PENTAS WANITA PKR KEDAH






Program PENTAS WANITA PKR KEDAH berlangsung dengan jayanya,di adakan di PADANG TERAP mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat.PENTAS WANITA tersebut bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 12 malam.Di pengerusikan oleh PUAN SHAHEILA(AJK WANITA PADANG TERAP),antara penceramah yang hadir adalah KETUA WANITA PKR PUSAT YB ZURAIDAH KAMARUDIN,NOR SHAM ABU SAMAH(NAIB KETUA WANITA PUSAT)PUAN SALMA ISMAIL(KETUA WANITA KEDAH) dan NURIN AINA(TIMBALAN KETUA WANITA KEDAH).Turut memeriahkan program tersebut DR JOYCE LEE(TIMBALAN KETUA WANITA PULAU PINANG)dan PUAN NORLAILA OSMAN(ISTERI TAHANAN ISA)

Jutaan terima kasih juga kepada AJK PROGRAM iaitu ASPHALEELA(KETUA PENERANGAN WANITA PKR KEDAH)NORHAYATI HASYIM(SU WANITA KEDAH)TIMBALAN BENDAHARI PUAN SURAYA dan KETUA WANITA PKR BALING PUAN NOORISYAH.

Friday, July 17, 2009

KENYATAAN WANITA PKR.

Kenyataan Media

Ketua Wanita KEADILAN

17 Julai 2009

Tragedi Kematian Teoh Beng Hock boleh dianggap sebagai suatu pengkhianatan oleh Kerajaan Malaysia, menerusi SPRM, terhadap amanah memelihara keselamatan setiap rakyat

Wanita KEADILAN amat sedih dengan berita kematian seorang anak muda, Teoh Beng Hock (30), aktivis, idealis dalam arena politik Pakatan Rakyat. Penglibatan aktif beliau telah memberi harapan kepada keluarga, rakan-rakan seperjuangan, khususnya dalam DAP, bahawa beliau memiliki masa depan yang cerah dalam karier politik beliau. Kematian beliau dalam suasana yang menimbulkan seribu satu tanda tanya, amatlah menyayat hati seorang ibu, yang telah kehilangan seorang anak kesayangannya, tempat membahu berbagai harapan, tetapi kini musnah secara mengejut. Hasrat untuk melihat anaknya mendirikan rumahtangga dengan kekasihnya hari ini juga hancur berkecai. Bahkan mana-mana ibu yang akan menganggap Teoh seolah-olah anaknya juga, akan merasai yang serupa.


Apakah mesti berlakunya tragedi barulah sistem dan peraturan yang ada dalam agensi-agensi kerajaan dikuatkuasakan atau diselia lebih ketat? Tidakkah budaya preventif lebih memberi jaminan keselamatan kepada rakyat?

SPRM yang belum beberapa bulan diwujudkan telah semestinya tercemar imej dan dipandang negatif kerana tregedi kematian Teoh berlaku di bangunan Pejabat SPRM sendiri. SPRM wajar segera melaporkan kesemua siasatan dan memberikan hak sepenuhnya kepada keluarga Teoh untuk memastikan bahawa siasatan itu adil dan telus. SPRM wajar memberi segala bantuan dan nasihat kepada keluarga Teoh dalam menyelesaikan kes kematian beliau, terutamanya mengenai hak waris Teoh dalam proses penyiasatan, bagi membersihkan sebarang anggapan negatif terhadap SPRM.

Kehilangan nyawa dalam apa jua keadaan merupakan suatu peristiwa yang dahsyat bagi mana-mana keluarga yang terbabit. Ia juga bermakna kehilangan yang besar kepada sesebuah negara kerana rakyat adalah aset terpenting bagi setiap negara. Oleh itu, pemeliharaan nyawa rakyat Malaysia dalam setiap konteks dan keadaan mestilah diambil berat oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku dalam perkarangan pemeliharaan keselamatan sebuah agensi Kerajaan.

Wanita KEADILAN menuntut agar tragedi kematian Teoh disiasat dengan serta-merta secara telus. Pihak berkuasa seperti SPRM dituntut untuk mengambil pendekatan memastikan keselamatan fizikal, mental dan jiwa mereka yang didapati tidak bersalah selepas soal-siasat, terutamanya apabila mereka masih berada dalam kawasan di mana soal-siasat telah dilakukan. SPRM telah lalai dalam memberi jaminan keselamatan sedemikian dalam konteks kemanusiaan dan konsep kerajaan yang dikatakan mementingkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat umum. SPRM patut menggantung serta tidak meneruskan siasatan mengenai Perbelanjaan Peruntukan ADUN selagi siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock tidak diselesai dan dikemukakan hasil siasatannya kepada awam.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN

SU POLITIK EXCO DI TEMUI MATI

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Thursday, July 16, 2009

DSAI DI MAHKAMAH

ANGKUHNYA PENDAKWARAYA

Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak.

Saudara Sivarasa menyatakan bantahan keras sabelum meneruskan dengan penghujahan. Saudara Edmund dan Amir kemudiannya memperkukuh alasan untuk mendapatkan dokumen dan keterangan; termasuk isu konspirasi, kes memalsukan keterangan dan lain-lain.

Jawapan pendakwaraya saperti biasa menyentuh “kuasa” mereka, mengenepikan sama sekali prinsip keadilan. Amat dikesali sikap angkuh dan zalim beliau tatkala mempertahankan hukuman ke atas Sukma Darmawan.

Menurutnya, keterangan pakar forensik bahawa tidak ada sebarang masukan dalam dubur tidak relevan kerana beliau (Sukma) telah mengaku.

Waduh, si bahlul pun faham “pengakuan” orang yang didera dalam lokap saperti yang kemudiannya disahkan olih hakim Mahkamah Rayuan!

Satu dasawarsa telah berlalu, dan tak banyak yang berubah. Kepada yang mahu kes disegerakan, tanya saja Mahkamah Syari’ah - mengapa lembab satelah satu tahun berlalu?

Ikut hukum Islam atau pimpinan parti?

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, July 15, 2009

KEZALIMAN LAMPAU DI KHUATIRI BERULANG

Petang semalam ketua pasukan pembelaan saya memaklumkan bahawa beliau terpaksa berundur dari kes saya dan lain-lain kerana keuzuran. Kita turut mendoakan kesejahteraan saudara Haji Sulaiman dan terpaksa menerima keputusan beliau dengan sedih dan berat sekali.

Dalam keadaan terdesak sademikian peguam saya mengusulkan agar ditangguh perbicaraan bagi membolihkan saya melantik ketua pasukan guaman baru. Hakim lantas menolak dan menetapkan perbicaraan pada jam 2 petang hari ini.

Ini agak janggal dan menunjukkan aliran perjalanan mahkamah yang dikhuatiri mengulangi kezaliman lampau. Persoalannya ialah siapa yang menyebabkan penangguhan? Mengapakah Gani Patail terus zalim dan berdendam sehingga konco-konconya gagal menyerahkan dokumen hingga sekarang. Ini termasuk lapuran perubatan Pusrawi!

ANWAR IBRAHIM

TAHNIAH PARTI PAS KERANA BERJAYA MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN

Saya mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.

Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

ANWAR IBRAHIM

Monday, July 13, 2009

DAH SERATUS HARI PUN


Benarkah 11 Julai 2009, hari keseratus Datuk Seri Najib Razak menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia ?

Jika dikira dari tarikh beliau mengangkat sumpah, perkara itu tidak dapat disangkalkan lagi, namun bagi pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah, pemerintahan Najib sebenarnya bermula jauh lebih awal dari itu – ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tersebut.

Dalam tempoh 100 hari (atau lebih) Najib memegang tampuk pemerintahan, ia gagal dimanfaatkan untuk memulihkan imej kerajaaan. Banyak perkara yang seharusnya ada namun tidak dilaksanakan, begitu pandangan Tengku Razaleigh.

Dua bukti utama beliau utarakan: Pertama, cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Operasi Dan Pengurusan Polis Di Raja Malaysia supaya diwujudkan satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memperkasa dan mengawasi Polis Diraja Malaysia. Najib tidak mengendahkan cadangan ini.

Perkara kedua yang juga tidak dihiraukan Najib adalah hasil siasatan Suruhanjaya Diraja terhadap sedutan rakaman video perbualan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Ahmad Fairuz Abdul Halim.

Dua perkara ini, kata Tengku Razaleigh, sekiranya diberi penegasan oleh pemerintah mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap system penguatkuasaan undang-undang dan badan kehakiman.

Malangnya Najib tidak mahu bertindak. Mungkin beliau tidak selesa untuk meneruskan usaha yang cuba dilaksanakan Tun Abdullah.

Sebaliknya Najib memilih untuk menonjolkan konsep 1Malaysia, yang sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Konsep 1Malaysia ini tidak lebih dari penjenamaan semula wawasan pemimpin-pemimpin silam sejak Malaysia Merdeka 52 tahun lalu.

Sepertimana amalan Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, selain dari memperkenalkan beberapa langkah ‘pembaharuan ekonomi’, Najib turut membebaskan beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejurus selepas mengangkat sumpah.

Najib juga berjanji untuk mengkaji semula akta kejam ini, walaupun kita semua sudah terbiasa dengan janji-janji seperti itu.

Ikrar ini diikuti dengan sesi turun padang dan beramah mesra bersama rakyat di merata kawasan di ibu Negara. Najib di lihat bergambar minum teh tarik di Brickfields Kuala Lumpur, dan dilaporkan mengucapkan selamat menyambut perayaan Vasakhi kepada masyarakat Sikh di sebuah gurdwara di Jalan Raja Bot.

Semua ini adalah sebahagian dari kempen beliau menzahirkan cogankata “rakyat di dahulukan” seperti yang dihebah-hebahkannya.

Dan semua ini juga adalah rekasaya kumpulan-kumpulan ‘tukang karut’ (spin doctor) dan penasihat beliau, propaganda yang di paksa suap ke mulut rakyat oleh media yang dikawal BN.

Dalam 100 hari pemerintahnnya, Najib mengumumkan perlaksanaan program Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Index (KPI) bagi menilai prestasi kerja jemaah menteri dan semua kementerian.

Tujuannya adalah supaya kementerian mencapai takat ikhtisas yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat.

Apa yang ironiknya adalah apabila Najib sendiri mencatatkan keputusan KPI yang mengecewakan. Penilaian ini dibuat oleh dua pemimpin utama dalam Umno sendiri.

Dalam hebat pemikir-pemikir Najib merancang, malang bagi Najib apabila sekutu-sekutu kuat kini bertukar seteru.

Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Perak dan menggesa mandat dipulangkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan negeri sekehendak mereka.

Isu pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang yang melonjak dari RM1.1 bilion kepada RM12.5 bilion telah berlarutan dan sehingga ke hari ini rakyat tidak nampak yang kerajaan akan mengheret mereka-mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya bermati-matian berusaha supaya Najib menjadi Perdana Menteri sudah berpaling-muka dan berkata 100 hari Najib lebih banyak yang “negatif daripada positif”.

Sekiranya dalam masa satu ratus hari sahaja lebih banyak negative dari yang positif, kita sebagai rakyat biasa amat bimbang apa yang akan berlaku dalam jangka waktu yang panjang.

Mengimbas kembali apa yang disebutkan Tun Mahathir tempoh hari, Najib mahu popular katanya. Bagi Tun, isu pokoknya adalah Najib masih memilih “orang-orang yang korup” menduduki kerusi-kerusi dalam Kabinet.

Cuma apa yang membezakan Najib dan Perdana Menteri sebelum beliau adalah Najib tidak tertidur dalam menjalankan tugas.

Namun KPI paling bermakna adalah persepsi rakyat sendiri, yang umumnya sedia maklum dengan tingkah-laku Najib dan menteri-menterinya.

SK.

PENTAS WANITA PKR

TARIKH:17 JULY 2009

HARI :JUMAAT

TEMPAT :PEJABAT PKR CABANG PADANG TERAP

WAKTU :9 MALAM

PENCERAMAH

1)YB ZURAIDAH KAMARUDIN
2)YB AISYAH GHAZALI
3)PUAN SALMA
4)KETUA WANITA PADANG TERAP